CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Tuesday, November 30, 2010

Kek cumilllll untuk anakku tersayang.




Hem sebenarnya kek ni dah buat lama dah,sebelum aidiladha ari tuh kalau tak silap 15/11/2010.Ini sempena hari terakhir persekolahan along dan angah la.

Sejak percubaan pertama kali membuat kek resepi mazalia itu menjadi,Huh anak-anak pun dah pandai meminta mama dia nie buatkan pelbagai jenis kek,asal nampak dalam majalah jer semua disebutnya,mama buat yang ini boleh,mama kakak nanti birthday bulan januari akak nak mama buat kek ni tau..Ha..ha... aku hanya tersenyum sahaja.
Insyallah akan aku usahakan.Sekarang nie masih belajar ilmu-ilmu masakan kek,akupun dah jadikan melihat blog kengkawan setiap hari adalah perkara wajib bagi aku bagi memenuhkan ilmu didada,maklumlah tak semua orang boleh beseni dalam membuat kek-kek ni..Ha ha.. termasuklah aku ni.

Tapi aku percaya dimana ada kemahuan disitu ada jalan kejayaan.Alhamdullillah aku sekarangpun akan buat sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya untuk santapan suami dan anak-anak tercinta..Cayok-cayok ..wah kata semangat untuk diriku sendiri..

Note diatas tuh gambar kek yang cumil untuk jamuan akhir tahun along & angah.Kek love tuh untuk guru-guru sekolah diorang.

Perbuatan yang baik,Balasannya berganda-ganda baik.

Baik adalah senang diperkatakan,namun adakah mudah untuk melakukannya.Kita akan lebih tertumpukan kepada perbuatan,Baik dari segi anak menghormati ibu bapa,murid menghormati guru,Isteri taat pada suami.Semua itu adalah datangnya dari semua perkara baik yang dibentuk dari sebuah keluarga atau setiap individu yang baik.

Dalam kehidupan kita sering meminta semua perkara yang baik yang akan muncul.Namun adakah kita telah menjadi insan yang terbaik pada semua perkara.Adakah kita telah berubah menjadi terbaik untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik.Tidak kiralah apa jua keadaan kebanyakan kita sering menyalahanggap kepada mereka yang cuba berbuat baik,atau membawa kebaiakan kapada kita sendiri.Renungkan

Hari ini kita bahagia bersama keluarga, adalah daripada semua kebaikan yang kita beri pada keluarga kita,Cuba kita fikirkan berapa banyak tenaga masa dan wang ringgit yang kita korbankan untuk keluarga kita,untuk suami anak-anak bagi yang dah berkahwin dan bagi yang bujang pada kedua ibu bapa.Dan pernahkah kita terfikir anak-anak kita yang baik yang rajin belajar itu adalah hasil semua kebaikan yang kita beri maupun kasih sayang.Suami yang begitu memahami,rajin menolong dalam urusan rumahtangga,sangat menyayangi kita,itu juga adalah hasil semua kebaikan kita kepada suami.

Anda buat anda akan dapat.Bukan sekali bahkan berkali-kali kebaikan yang akan datang dalam hidup anda.'Trust me'.

rihan hashim

Friday, November 26, 2010

Aidiladha ertikata lain raya korban.



Maaflah pada semua ya,N3 nie baru nak tulis..ha..ha..Ini disebabkan gambar yang diambil ada di kamera orang lain da..mintak-mintak x lepas nak anta e-mail,boleh la 2 keping yang ada dalam simpanan saya ni..
Alhamdullillah,thun ni abah sekeluarga temasuk la aku dapat ambil bahagian dalam ibadah korban ni.Syukur sangat diberi rezeki,satu bahagian untuk aku dan satu bahagian aku ambil buat aqiqah anak aku yang paling bongsu farzana damia.Semuanya berjalan lancar,setelah selesai proses melapah,menimbang semua hasil korban diagih-agihkan kepada yang berkenaan.Tengahari kami adakan kenduri aqiqah.
Terima kasih kepada penduduk kampung yang terlibat menjayakan majlis ibadah korban ini.Semoga di tahun hadapan diberi rezeki yang melimpah ruah,boleh buat korban lagi.Alhamdullillah..

Diatas adalah gambar Pak cik ismail(tukang sembelih) jiran sebelah rumah ku dan abang ,adik serta menantu pak cik abd hashimlah..bie aku x der dalam gambar nie..sebab dia tolong snap gambar..he..he..

Thursday, November 25, 2010

Bosan,Boring,Bedebusssssss idea baru,udara baru..


Ha..Tarikh 25/11/2010,Entah mengapa semua kerja yang aku buat semuanya ada silap belaka..Buat itu tak kena,buat ini tak kena,Sampai tension dibuatnya.
Last-last memang aku tak boleh buat aper-aper kerjapun..Aku cuma menjawab panggilan telefon sahaja.Memang ia sangat tidak menyenangkan hatiku.
Bayangkan 8 jam yang ada itu aku hanya menjawab telefon sahaja.Banyak benda nak buat,tapi smua jadi sekerat jalan.
Kesudahannya time tidak ada panggilan telefon,aku mengemas laci-laciku,meja kerja ku,habis aku buang semua bunga-bunga yang berhabuk.Hem betapalah otak ini tidak bersih,menghirup udara seperti ini.Akhirnya aku mendapat jawapan setelah begitu lama aku bekerja di company ini,di tempat duduk ini,clenerlah yang tolong mengelap mejaku,menyapu dan kemaskan..Dana akupun dah terbiasa datang kerja dah bersih..ha..ha..
Hem aku tekad nak kemas tempat kuini...jeng..jeng...apa yang anda nampak kat gambar tu?Itulah hasilnya,waktu rehat pergi ke giant, beli cermin,beli pokok-pokok hijau..ha..taraaaaaaaa inilah hasilnya.Aku berharap dengan imej yang baru ini,aku akan terus bersemangat dan lebih rajin bekerja.Insyallah

Anak Jantan dan Tinooooo....



Aduh,semalam tersangat sebok kat office,terlalu ramai staff baru yang masuk,bila ramai bukan orang hr jer yang sebok,aku sebagai pma staffpun sebok,ini kerana kene menyiapkan id tag mereka atau nama lain pass pekerja la..Hem seharianla aku duduk dalam bilik khas yang sangat sejuk dan sunyi,Ini disebabkan mesin id tag tuh ditempatkan disitu..
Ha bebalik cerita balik dari kerja pula,hah penat belum hilang,sampai rumah abang chiq dah buat bising,ngamuk-ngamuk nak main kat luar rumah,aku sabar dan cuba terangkan kat dia,hari dah nak malam , nak magrib pun nanti hantu ceplos kuar..ha..ha..ayat nak takutkan dia la konon-kononnya,hem rupanya dia lagi terus tunjuk perangai ditarik kerusi makan sampai jatuh,Ya Allah apalagi kene gak satu dah kat kaki dia dari tanagn aku nie,sudahnya dia nangis terus masuk bilik tendang-tendang pintu sambil sebut x nak kawan mama,mama jahat..
Ya Allah dugaan betul la anak lelakiku yang sorang nie,dalam hati aku kesal juga sebab pukul dia,yelah sejak kakak-kakaknya pulang bercuti ke rumah opah dikampung,memang nampak sangat dia suka memberontak,mungkin dia sunyi,Ye lah adiknya masih kecil x pandai nak bermain lagi..
Hem sudahnya,aku pergi masuk bilik,peluk dia erat-erat,cium dia dan cakap,hem mamakan penat baru balik kerja,abang chiq dah buat mama marahkan,sebab tuh mama pukul abang,mama sayang abang chiq nie,kalau x degil lagi mama sayang sambil cium dia sebanyak-banyaknya..Dalam hati hem sejak anak-anak membesar ni selalu juga teruji kesabaran aku,dan aku pula kenapalh susah nak tahan amarah ku.Last2 aku juga turut mengalirkan air mata...I love u all along,angah,abg chiq dan baby mia..

Tuesday, November 23, 2010

Anugerah ALLAH..anugerah kecermelangan



Salam kepada semua,
Sajer nak syerkan,betul lakan orang kata bab rezeki yang cukup dan rezeki yang x cukup-cukup.Bila kita renung semula apa yang ALLAH beri itu adalah yang terbaik buat kita.Contohnya soal rezeki,bukan soal banyak atau sedikit perlu dipertimbangkan,samaada berkat atau tidak,kalau rezeki sudah berkat,sedikitpun mencukupi,Banyaknya boleh diagih-agihkan.Berbanding rezeki yang hilang berkat,sedikitnya tidak mencukupi.
Perhatikan betapa ada orang yang berpendapatan kecil sahaja,tetapi oleh kerana berkat hidupnya terarah,anak-anaknya baik, isterinya solehah, dan kehidupannya tenang
walau tidak kaya.Subhanallah semoga aku tergolong dalam orang-orang yang sering mendapat keberkatan hidup dan rezeki yang halal..Amin Ya ALLAH..
Ha berbalek cerita cemerlang ni,Alhamdullilah tahun nie anak aku fatin arrisha naik pentas lagi untuk mengambil hadiah 5 pelajar terbaik seluruh kelas tahun 2.Syukur alhamdullillah Ya ALLAH ,semoga kegembiraan yang kau beri ini terus membuatkan aku tunduk dan tawaduk padamu.Untuk angah farhatul mustamirah tahun 1,ibu ucapkan tahniah,walau angah tidak naik pentas tahun ini,namun ibu tetap bersyukur dengan pencapaian angah,Angah dah berusaha namun tiada rezeki namun tetap A dalam semua pelajaran.Peningkatan yang sangat membanggakan ibu,mungkin pada orang tiada nilaipun.Tahniah angah dan along kerana memberi cahaya kegembiraan buat ibu dan abah,semoga anak-anak ibu terus maju dan berjaya di dunia dan akhirat.Menjadi anak solehah.

Monday, November 22, 2010

Begedil-gedil daging..classsssss

Hem ini cerita weekend tadi,Disebabkan en.hubbyku bekerja dari 7.00 am dan akan balik pukul 7.00pm,tersangat la bosannya.Dari pagi mengemas rumah,basuh kain baju dan bermain bersama puteri dan puteraku.
Siap semua kerja suapkan makan untuk mereka berdua,aku cuma masakkan nasi ayam ringkas jer ntuk diorang,x derla kuah kicap dan kuah cili.Lepas je makan diorang tidur.Tinggalla aku termanggu-manggu.Tiba-tiba en.hubbyku telefon,minta aku masak rendang daging dan begedil.(ini kes daging korban yang terlambak dalam peti ais)
Hem jadi menu malam tuh bayam masak air,rendang daging campur nasik impit dan begedil daging..Ha..ha..
Dalam bnyak-banyak makanan kat atas nie paling sedap,paling mudah nak masak ialah begedil daging la.Pada kengkawan yang bukan orang jawa macam aku,mesti cubaa..(Resepi nie aku dapat dari adik iparku Azura..he..he..)









Ha..ini bahan-bahannya

1)kentang yang dah siap direbus.(utk makan 2 orang 5 biji kentang sahaja)
2)kentang yang direbus hendaklah dilenyek
3)Daging hendaklah dikisar (ikut suka nak letak banyak @ sikit)
4)Daun sup dihiris halus.
4)Bawang merah dihiris dan digoreng.
5)Sedikit tepung jagung,siap campur dengan sedikit garam.
6)1 biji telur dipukul

Cara membuatnya
Semua bahan tadi dimasukkan kedalam kentang yang telah dilenyek.
uli rata cam nak buat cok kodok tuh dan bulat-bulatkan dia ikut citarasa.
selepas itu pukul telur,celupkan begedil tuh dalam telur dan goreng.
dah boleh makan.
Selamat mencuba resepi yang ringkas dan enak ini..

Thursday, November 11, 2010

Fire drill Hei Tech..





Hemm..ini kisah semalam,off aku ada membuat latihan kebakaran bersama Jabatan bomba & penyelamat subang jaya.
Wah bukan apa sajer nak syer ngan kawan-kawan sesi latihan nie..Hem pada yang dah biasa bekerja di bangunan tinggi mungkin dah biasa dengan latihan seperti inikan.Ini adalah peraturan untuk hak milik bangunan tinggi.He..he..company aku 15 tingkatkan ..kira tinggi lakan..
Hem seperti latihan tahun2 lepas latihan dibuat, pada pukul 11.05am loceng penggera keselamatan berbunyi,Pihak security terus call bomba,bomba datang berlumba-lumba..he..he..Huh bomba sampai 11.10am,Huh bagus betul ,rupanya diorang perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan,jika kawasan kebakaran di tempat yang sama ,tempoh masa harus diambil hanya 5 minit.
Hem seperti biasalah kami akan berkumpul diluar kawasan bangunan .Adalah lakonan-lakonan orang yang hilang,orang yg cedera patah kaki dan yang mati..ha..ha..
Hem bagus juga bila diadakan latihan seperti inikan ,sekurang-kurangnya jika terjadi sesuatu kita boleh cepat bertindak,dan tahu apa yang perlu dilakukan..
Tahniah kepada pihak bomba dan semua kengkawan yang menjayakan latihan ini he.he

Tuesday, November 9, 2010

Damia bersama kain bucuknya..


Ah..lupakan cerita sedih semalam..Wah hari ini bangkit dengan sinar harapan yang baru,org cakap kita x akan berjaya jika kita tak dapat melupakan kisah pahit yang dah berlalu..Hem jadi kita nak berjaya lupakan semua yang buruk dan pahit..He..He..
Ha berbalik kisah Damia anakku yang paling bongsu dalam keluarga.Bukan apa,nak cerita Damia mempunyai tabiat suka menjenjeng kain lampinnya,bila nak nyusupun akan cari kain dan akan menggentel-gentel dengan jari.Dan yang paling tak bestnyer jika pergi ke rumah jiran,rumah kawan atau ke rumah sedara-mara,jangan ternampak kain lampin nie dia akan ingat dia punya juga.Hem..terkena anak yang ini ,begini pulak perangainya..ha..ha..
Yang merisaukan aku sebagai ibunya,umur semakin meningkat,adakah tabiat itu akan hilang dengan sendirinya.Maklumlah anak perempuankan,malulah..ha..ha.
Hem ada petua ker nak hilangkan tabiat nie???

Monday, November 8, 2010

Kau Duga Hatiku

Ah.patut ker nak tulis nie..Huwaaaaaaaaaaa..Huwaaaaaaaa..Huwaaaaaaaa,ni kes minggu lepas friday,5/11/2010.
Hem soal kejujuran sebagai seorang sahabat,kawan dan teman.
Aku dipanggil mengadap untuk kes yang x masuk akal,Tak perlu rasanya nak dicoretkan disini,cukup ia menjadi diari dalam hidupku.
Aku menangis sepuas hati dek kerana kesal dengan sikap sesetengah orang yang suka menunding jari dan mudah mempergunakan nama kengkawan untuk menyelamatkan diri.
Tapi aku tetap bersyukur kepada ALLAH, kerana hal ini aku belajar mengenal hati budi manusia.
Ada yang hidup (bekerja) untuk bermegah dengan kuasa dan pangkat.Ada yang hidup (bekerja) menjadi sang keldai seperti dicucuk hidung.Ada yang hidup (bekerja) kerana ia adalah harus untuk keluarga,dan ada yang hidup(bekerja)dengan penuh kepura-puraan.Ya ALLAH jauhkanlah diriku dari semua tipu daya SYAITAN DURJANA.Ya ALLAH aku mohon kau berilah aku rezeki yang halal untuk aku dan keluargaku,Kau berilah aku hati yang tenang dan sabar untuk menghadapi apa jua ujian mendatang dariMU maupun dari manusia,Kau berilah aku kekuatan,Ketabahan,kemuliaan,Kesaabaran dan kebahagian untuk aku teruskan kehidupanku,Kau perolehkan kesejahteraan ,Kesihatan bersama umur yang panjang untuk aku terus mencari ilmu2Mu Ya ALLAH.Bantulah hambamu ini,Tunjuki jalan yang lurus,Berilah hidayahMu Ya ALLAH..Amin Ya Rabbalalamin..

Wednesday, November 3, 2010

Spagethiiiiii punya cerita..


Alhamdullillah,kerana anak-anak dah berjaya dalam peperiksaan akupun tanya pada mereka mama nak masak sedap-sedap nie sebab along ngan angah dah buat mama gembira,cakap jer nak makan apa nanti mama masak.Huh dengan pantas diorang jawab mama buatkanlah spagethiiiiiii,pleaseeeeeee tegelak sendiri aku..hem dalam hati aku amat bersyukur kerana anak-anak aku seolah faham akan diriku..Diorang x pernah minta benda-bendayg mahal-mahal,selalupun mintak sesuatu yang masih mampu aku dan suamiku adakan..Oh syukur padamu ya Allah..

oh ya pada kengkawanku yang ingin mencuba resepi spagethiku ini
boleh la ambil resepi nie
Bahan A
2 labu bawang besar
3 biji tomato saiz penumbuk
4 biji bawang putih
1/2 batang carrot
2 biji cili belanda(yg besar warna warni)
yg ni klau x der tbur jer cili biasa tuh merah dan hijau
(semua bahan diatas potong ala-ala dadu)
Bahan B
1 botol sos spagethi tradisional
1 tin spicy hot tuna
1 tin kecil sos tomato(ada jual dah siap kisar)
daging @ ayam kisar (biasa beli jenama ramli)
Bahan c
serbuk lada hitam
serbuk perasa
garam
Cara-cara membuatnya,
panaskan minyak, masukkan bwang merah dan bawang puteh,bila dah agak kekuningan,masukkan daging kisar, masukkan tomato sos,kacau sampai naik minyak,masukkan sos spagethi tradisional,dan kacau lagi agak-agak dah mesra masukkan tuna hot spicy dan kacau sampai naik minyak dan akhir sekali masukan semua bahan2 yg dipotong dadu serta serbuk lada hitam dan perasa secukupnya..wah sedia untuk dihidang..
p/s tip untuk spagethi jika mencelur hendaklah meletakkan sesudu mentega dalam air rebusan.
Selamat mencuba kengkawan.

Gembira aku sebagai ibu

k.ngah
k.long
Aduhhhhhhh,aku rasa memang ingin menulis setiap hari,tapi masa sangat-sangat tidak mencukupi..hem boleh ker cam tuh??bukan kiter ker yang mengatur masa tuh..Apa-apalah,
hem ni nak becerita bab minggu lepasnyer,maklumla minggu lepas minggu periksa,anak-anak sangat sebuk mengulangkaji dan mereka sangat takut, sebabnya ini periksa akhir tahunkan..hemmm..
Ah lupakan sebentar bab periksa tuh,kerana minggu ni mereka dah dapat keputusan..Alhamdullillah Ya Allah kau beri lagi aku nikmat gembira itu,syukur anak-anak aku mendapat semua A dalam sabjek mereka.Gembiraku sebagai ibu hanya tuhan yg tau...

Wednesday, October 27, 2010

DIRIKU semalam,hari ini dan esok.

Alhamdullillah, setelah lama x menulis,hari ini bekesempatan untuk melakukan.
Ya Allah aku sngat bersyukur kepadamu dengan ilmu-ilmu yang kau berikan kepadaku
dan aku amat berbangga pada diriku akan perubahan diriku.
ha..ha..bukan apa nak cerita,dulu pandai ngaji..dah lama tinggal,bnyak hukum mad x tau..main lajak ja baca..
Ni nak cerita aku mengikuti kelas ngaji di company aku,wah alhamdullillah kali ni bila membaca al-quran,terasalah sangat gembira dan amat seronok bila melihat huruf2 yang tertera dalam al-quran, betul la bila kita dah ada ilmu,barulah semua benda akan bermakna,walaupun aku baru sampai ke hukum nun mati,bnyak sngat hukum mad aku dah dapat ingat,mad asli,huruf lin,qalqolah,mim sabdu,nun sabdu izhar halqi,idram bilalngunnah,idram maalngunnah,iqlab,ikhfaq,izhar mutlak,ikhfaq shafawi,idram mithlain shafawi,izhar syafawi,hukum alif lam dan bacaan panjang @ pendek.
Bersyukur sangat aku dapatlah menunjuk ajar anak-anakku.
Itu bab ngaji,ni nak cerita lagi bab masak kueh mueh nie,dulu aku tidaklah panda dan tidak berminat bab masak-masak nie..masak untuk makan keluargaku tu boleh la..ha..ha..kerana seni aku lebih kepada tata rias..ce wahhhhhhh masuk bakul angkat sendiri..ha..ha..Tapi aku rasa ya, kerana aku sering mendapat tempahan untuk membuat gubahan majlis pertunangan.Rumahku juga dihias dari langsir yang ku jahit sendiri.ha..ha...bangganya aku...
Ni nak cerita,hatiku mula terdetik sejak aku berjumpa kawan lamaku mazalia,setelah hampir 15 tahun x berjumpa,aku bersama kawan-kawan pergi ke melaka letaknya rumah mazalia.Huh hidangan kek coklatnya memang membuka selera..Huh sedapnya x tecerita..ha..ha..Aku harus berterima kasih padanya,kerana dia pembangkit semangat aku untuk memasak dan aku tanpa manoleh lagi terus membuat kek yang resepinya ku ambil dari mazalia..
Alhamdullillah aku berjaya dan sangat gembira bila lihat anak-anakku gembira.Terima kasih buat suami tercinta atas galakan.
Wah aku sangat bersyukur ngan kehidupan ku sekarang,aku akan cuba menjadi ibu yang terbaik buat anak-anakku ,isteri yang baik buat suamiku..Alhamdullilah

Sunday, July 11, 2010

'Adakah aku kawan baikmu'

KAWAN.....(Curahan rasa buat semua kawan baik ku terutamanya H)

Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya.
Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada disisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baik nya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!!

Thursday, May 13, 2010

Hadiah hari jadi Damia...



Sepasang seluar jean jenama guess
Damia..baby mia...mia dobei-dobei..huh banyak betul gelaran untuk anak mama sorang nie..ye lah Damiakan anak paling kecil dalam keluarga, eh paling bongsu..eh boleh ke abang..Damia yang bongsu...ha..ha..


K.long dan k.ngahkan suka panggil mia dobei-dobei,abg chik plak suka panggil baby mia..hem..mama ngan abah lagi ler banyak, mia sayang,damia..oh luper tokwan suka panggil damiellll,pelat tokwan x der gigi.hi..hi...

Sepasang kasut
Hem damia nak tau,kakak-kakak dan abang Damia begitu teruja menantikan tarikh kelahiran Damia, siap nak beli kek la,nak buat jamuan la.Hem,tapi ye la Damiakan kecil lagi,abah cakap abah tak der cuti,mama pulak kerja,komitment nak buat tuh tidak mengizinkan,jadi mama ngan abah hanya sempat belikan hadiah sahaja buat mia,
kakak & abg ciq pun setuju..Hem waalupun damia masih kecil mama bersama abah ingin beritahu Damia we love u damia....


Alhamdullillah,tanggal 12/05/2009 tepat jam 1.37pm lahirlah dirimu sayang,abah begitu teruja melihat kelahiranmu.Terima kasih juga pada my hubby kerana begitu kuat & sabar menunggu saat kelahiran Damia.

Damia,mama & abah berpesan bila dewasa hormatilah orang tua,jangan tinggalkan solat
sentiasa mendoakan mama & abah serta seluruh kaum keluarga,semoga Damia menjadi anak yang baik & solehah..We love u Nur Farzana Damia, dari Mama,Abah, K.long.K.ngah & Abg chiq.

Tetiba rasa air mata mama hendak mengalir,terkenang pula sewaktu mama mengandungkan damia,begitu banyak dugaannya,alahan yang teruk,demam yang kerap, sehingga pernah dimasukkan ke wad, ye la Damiakan anak ke 4,mungkin badan mama tak sekuat mengandungkan kakak-kakak Damia & abang Damia,wujud juga rasa kebimbangan dihati mama, apabila doktor memberitahu risiko-risiko yang anak dalam kandungan akan dapat,jika mama tidak menjaga permakanan mama& kesihatan mama,hari-hari tidak pernah lupa mendoakan semoga anak mama sihat dari segala penyakit.

Duhai anak mama berpesan....



Ah minggu ini banyak betul kerja..Sampai terlebih 2 hari untuk mama coretkan kisah anak mama,Sorry sayangku damia, sepatutnya mama nak tulis pada damia birthday ari tuh,12 may 2010,tapi mama banyak report-report urgent nak buat la sayang.

Hari ini baru mama berkesempatan, sayang anak mama, happy birthday to u,semoga panjang umur,dimurahkan rezeki,diberikan kesihatan yang berpanjangan,menjadi anak yang solehah & diharapkan akan sentiasa menggembirakan hati mama dan abah.

Sunday, May 9, 2010

Bahagia menjadi seorang Wanita..

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"
Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu "

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.

Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu:

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."

"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya ? tempat dimana cinta itu ada."


`Setiap Wanita itu Cantik'.

Mak..Happy Mother`s Day..


Terlebih dahulu ingin ku ucapkan `Selamat hari ibu buat ibuku Che Rusiah Binti Junid,terima kasih mak, diatas semua pengorbanan,jasa-jasa & kasih sayang yang kau berikan kepadaku,tidak terluah dengan kata-kata rasanya..
Mak,selama ini,apa sahaja masalah yang kuhadapi,dirimulah org pertama yang akan berada disisi,waktu senang atau susah,kau tidak pernah jemu memberi semangat,nasihat & kekuatan untuk anakmu terus menghadapi masa mendatang dengan tabah.
Aku bahagia mempunyai ibu sepertimu..Aku berbangga menjadi anakmu..Aku sentiasa mendoakan dirimu sentiasa berada didalam lindungan ALLAH hendaknya,diberi kesihatan yang berpanjangan bersama umur yang panjang..
Mak sesungguhnya aku merasakan setiap nafas yang ku hela kau pasti ada bersamaku..
kerana sesungguhnya kau amat bererti dalam hidupku..
Tanpamu siapalah aku,bagaimana aku hari ini,bagaimana aku akan menjadi isteri & ibu yang baik untuk keluargaku,bagaimana aku akan kuat untuk menghadapi sebarang dugaan yang mendatang,tabah mengharungi rintangan kuat untuk apa sahaja yang mendatangai..Ini adalah berkat doa-doamu mak yang sentiasa mendoakan kami anak-anakmu.Ini adalah berkat tunjuk ajarmu agar kami sentiasa menjadi seorang insan yang sabar,tabah & sentiasa menjadi orang-orang yang bersyukur.
Alhamdullillah sedikit sebanyak semua ajaranmu dapat anakmu praktikkan dalam kehidupan harian & ia amat berguna untuk anakmu.
Mak terima kasih sekali lagi,kerana menyayangi diri ini,melahir & membesarkan ku dengan penuh kasih sayang...I love u 4 ever & ever & ever..
Kasihhhnyaaaaa IBUUUUUUUU membawa ke SYURRRRRRGAAAA...

Thursday, May 6, 2010

Dasyatnya Azab Kubur (sekadar berkongsi ilmu)

Salam mesra kepada semua, sedikit tazkirah ringkas dalam blog saya ini untuk memperingati kepada diri saya dan semua akan azab kubur yang amat pedih dan dahsyat. Suatu azab yang cukup hebat kepada hambanya yang melakukan maksiat dan dosa. Azab kubur merupakan intro sebelum menempuh azab neraka kepada orang yang menderhakai Allah dan RasulNya.

Tanpa iman dan takwa, segala rahmat Allah akan terputus bila keluarnya nyawa dari tubuh kita. Orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa ada kehidupan yang abadi dan lebih sempurna selepas kehidupan di dunia ini. Kehidupan inilah menjadi fokus utama orang-orang yang beriman.

Kerana itulah, persoalan akidah merupakan perkara yang paling asas dalam Islam. Islam diibaratkan sebagai bangunan, manakala akidah pula diibaratkan sebagai asas atau tapak kepada binaan tersebut. Jika rosak akidah seseorang maka rosaklah semua amalan yang dibina diatasnya. Atas dasar inilah Rasulullah SAW memulakan dakwahnya dengan persoalan akidah sebelum mengajar tentang hukum syariat Islam.

Walaupun Islam menganjurkan penggunaan akal fikiran namun dalam pembahasan akidah peranan akal wajib dibatasi. Apalagi persoalan akidah banyak berkait dengan perkara-perkara ghaib yang tidak mampu dicapai oleh akal manusia yang sangat terbatas.

Istilah “kubur” hanyalah berdasarkan kebiasaan setiap manusia yang meninggal dunia akan dikuburkan. Adakah setiap manusia mesti ada kubur jika mereka meninggal dunia?. Sudah pasti tidak, kerana kadang-kadang terdapat manusia yang tidak diketahui di mana kuburnya, seperti orang yang mati dimakan binatang buas, mati terbakar hangus, mati hancur berkecai jasadnya kerana kemalangan, mati hilang di laut dan sebagainya.

Namun menurut keyakinan ahli sunnah wal jamaah setiap manusia yang mati tetap akan berada di alam kubur atau di alam barzakh iaitu alam di antara alam dunia dengan alam akhirat.

Menurut kamus Lisanul Arabi oleh Ibni Manzur, makna alam barzakh ialah suatu tempat di antara dunia dan akhirat sebelum dihimpunkan di padang Mahsyar daripada waktu mati hinggalah dibangkitkan atau ia juga bermakna dinding pembatas antara dua benda sejak dari waktu kematian seseorang sehinggalah dia dibangkitkan. Jadi sesiapa yang mati bermakna dia telah memasuki alam barzakh atau alam kubur.

Banyak perkara di dunia ini yang kita tidak dapat saksikan dengan mata kasar tetapi kita tetap meyakini kewujudannya. Contohnya beberapa orang yang tidur nyenyak di atas satu hamparan. Ada di antara mereka bermimpi indah dan ketika ia bangun, jasadnya merasai nikmat yang dirasakan oleh rohnya ketika bermimpi. Demikian sebaliknya, orang yang bermimpi buruk dan mengerikan, bukan sahaja rohnya terseksa tetapi badannya juga rasa terseksa. Sedangkan mereka yang tidur berhampiran pula tidak mengetahui apa yang dirasakan oleh rakannya. Jika perkara seperti inipun diakui hakikat kewujudannya maka demikianlah dengan alam barzakh, malahan alam barzakh lebih hebat dari itu.

Sesungguhnya nikmat dan azab kubur adalah sesuatu yang wajib kita imani dan yakini kewujudannya walaupun ia tidak dapat dibuktikan secara nyata tetapi ia termasuk dalam perkara “sam’iyyat” yang wajib kita yakini. Kerana Rasulullah SAW memerintahkan agar kita berlindung dari azab kubur sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh imam Muslim yang menyuruh para sahabat agar mengamalkan doa seperti berikut:

“Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku mohon berlindung dari azab api neraka dan aku mohon berlindung dari azab kubur.”

Kita wajib berlindung diri dari azab kubur, kerana alam kubur merupakan persinggahan sementara untuk kehidupan selanjutnya. Jika di alam kubur kita mendapat kenikmatan, itulah tanda bahawa kita akan mendapat kemudahan dan kebahagiaan di alam akhirat nanti. Sebaliknya, apabila mendapat azab kubur, itulah petanda bahawa orang tersebut akan mendapat kesulitan di akhirat nanti. Sabda Rasulullah yang bermaksud :

“Sesungguhnya kubur itu, adalah singgahan pertama ke akhirat, sekiranya yang singgah itu terselamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih mudah lagi. Dan jika tidak selamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih sukar lagi.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Pernahkah kita terfikir bagaimana bentuk azab atau nikmat kubur?. Rasulullah bersabda yang bermaksud :

“Apabila salah seorang di antara kamu mati, akan ditunjukkan kepadanya setiap pagi dan petang tempat tinggalnya. Bila ia penghuni syurga, akan ditunjukkan kepadanya kenikmatan syurga, dan bila ia penghuni neraka, akan ditunjukkan kepadanya keazaban neraka. Lalu dikatakan kepada mereka : “itulah tempat tinggalmu, sampailah Allah membangkitkanmu pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis tersebut nyatalah bahawa azab dan nikmat kubur pasti akan terjadi. Bagi mereka yang mempunyai keimanan yang mantap, ilmu Agama yang cukup, yakin akan kudrat dan kuasa Allah yang tiada tandingannya pasti akan yakin dengan adanya siksaan dan nikmat kubur. Hanya orang yang jahil dan sesat serta suka mendustakan Rasulullah SAW akan meragui dan mengingkari adanya azab kubur.

Sebenarnya di dalam Al-Quran terdapat lebih kurang 300 ayat yang menyatakan tentang kematian dan keadaan-keadaan kehidupan selepas daripada mati seperti di alam barzakh dan di akhirat. Nas-nas Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah saw menerangkan bahawa roh itu kekal, ada roh yang mendapat nikmat kerana amalannya di dunia dahulu baik dan ada roh yang terseksa lantaran amalannya di dunia dahulu jahat.

Atas sebab itulah, gambaran tentang azab seksa dan nikmat kubur wajib kita imani dan yakini. Apa lagi hadis-hadis yang menerangkan tentang azab seksa dan nikmat kubur sebagaimana yang dinyatakan adalah hadis sahih dan kuat darjatnya.


Apabila kita mengingati tentang kewujudan azab yang ditanggung selepas mati oleh orang-orang yang derhaka kepada Allah, maka kita terasa gementar kerana takut akan azab Allah yang menggerunkan dan insyaAllah akan mendekatkan diri kita kepada-Nya.

Justeru, kita boleh kasihkan harta tapi tidak lupakan soal hisab, kita boleh kasihkan rumah tapi tidak lupakan soal kubur, kita boleh kasihkan hidup tapi tidak lupakan soal maut, kita boleh kasihkan dunia tapi tidak lupakan soal akhirat.

Untuk itu, tidak ada jalan pintas melainkan kita wajib mematuhi segala yang diperintahkan Allah sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran. Patuh segala perintah Allah adalah syarat untuk mendekatkan diri kepada Allah dan menjadi kekasihnya.

Dengan mengingati azab kubur juga insyaAllah kita akan menjadi semakin takut untuk meninggalkan solat, meninggalkan puasa, tidak mengeluarkan zakat, merosakkan harta awam, melanggar batas-batas hukum syariat dan sebagainya. Dengan yang demikian akan memberi rangsangan kepada kita ke arah melakukan kebaikan yang sangat dituntut oleh Islam. Firman Allah yang bermaksud :

“(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab api neraka.” (Surah Ali-Imran ayat : 16)

Article by Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal

Andainya kita mati hari ini..'renung2kanlah"

Salam.

Saudara saudari yang di kasihi,

Insyaallah, saya ingin berkongsi kandungan di bawah dengan semua sebagai peringatan kepada diri saya sendiri dan juga kepada sesiapa yang sudi diingatkan.

(Hayatilah senikata lagu ini dengan penuh penghayatan, penuh kesedaran, dan penuh ketaqwaan insyaallah)

PERGI TAK KEMBALI

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada…lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang…ke sana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri

Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi


Apa yang anda rasa setelah menghayati lirik tersebut? Gerun? Takut? Cemas? Bahagia? Gembira? Insaf? Yang pastinya berbagai2 perasaan timbul setelah menghayati bait2 kata di dalam lagi tersebut.

Saya sendiri merasa amat kerdil, amat kecil, amat hina di sisi Allah SWT, kerana amalan saya yang sangat sedikit. Andainya saya mati hari ini, entah cukup, entahkan tidak amalan yang saya bawa.. Apakah agaknya bentuk sakaratulmaut yang saya terima? Adakah saya akan mati dalam keaadaan beriman atau kufur? Adakah saya akan lulus dan terlepas dari azab kubur dan azab api neraka? Adakah Allah SWT akan melihat saya dengan pandangan penuh kasih sayang atau adakah saya akan dihumban ke dalam neraka jahannam??? Nauzubillah, hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui..

Saya terfikir sebentar tadi, ada 24 jam sehari, tapi berapa jam agaknya saya gunakan untuk beribadat kepada Allah SWT, untuk bersolat, baca Al Quran, berzikir? Jika ditolak, dihitung, ditambah, tak sampai 4 jam sehari.. Masya Allah.. betapa saya terlalu memikirkan keduniaan, alpa pada kenikmatan, dan tidak menyedari yang dunia ini hanya pinjaman, akhirat juga tempat persinggahan terakhir.. Lantas, apa yang telah saya sediakan? Bekal apakah yang saya bawa? Bagaimana hubungan saya dengan Allah SWT setakat ini? Bagaimana hubungan saya dengan suami, dengan ibu dan ayah, dengan anak anak, dengan keluarga dan dengan semua umat Muhammad SAW setakat ini?? Adakah saya sudah menjalankan tanggungjawab sebagai, seorang isteri, seorang anak, seorang ibu, seorang pekerja, seorang hamba Allah SWT dengan baik, dengan tawaduk? Takut dan segan untuk saya akui, tapi hakikatnya, saya belum membuat persiapan lengkap untuk menemui Allah SWT!!

Aduhai, Ya Allah, janganlah Engkau jadikan aku ini hambaMu yang lalai, yang kerugian.. Demi Masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.. Ya, tanpa kita sedari setiap waktu yang kita lalui, jika tidak di isi dengan amalan dan kebajikan, adalah masa2 yang rugi, yang telah dipersiakan untuk beribadat kepada Allah SWT.. Apalah yang akan kita jawab nanti, bila Allah SWT tanya kenapa kita tidak membawa apa2 bekalan untuk menemuiNya?
Saudara saudari sekalian, saya sebagai manusia biasa, banyak kekhilafan, banyak kekurangan, banyak terlalai, banyak terleka.. Di kesempatan ini, sementara Allah SWT masih memberikan saya peluang dan kudrat untuk menulis, saya menyeru kepada anda, agar kita semua kembali ke jalan Allah SWT. Marilah kita semua bersolat dengan khusyuk seolah2 itu solat kita yang terakhir, marilah kita bersolat sunat tahajud, bersolat sunat taubat, bersolat sunat hajat dan berwitir, serta berzikir dan berdoa agar diampunkan segala dosa-dosa kita, ibu bapa, dan keluarga kita, baik untuk dosa yang disedari ataupun tidak, berdoa agar Allah SWT memberikan kita petunjuk, taufiq dan hidayahNya agar kita menjadi hamba2Nya yang soleh dan solehah, berdoa agar dipanjangkan usia dan diberikan petunjuk agar sentiasa berada di landasan kebenaran..


Buat pembaca wanita, marilah kita menutup aurat dengan sempurna, janganlah memakai tudung ibarat satu budaya, kerana pemakaian tudung itu diwajibkan oleh Allah SWT, dan bertudung & berpakaianlah dengan sempurna. Jangan “berpakaian, tetapi telanjang”.. Ingat2lah, kaum kita yang paling ramai, dan paling mudah masuk neraka.. Nauzubillah. .(Peringatan buat diri sendiri juga)

Sementara kita masih bernafas, Ayuh, marilah kita berdoa agar kita mati dalam keadaan beriman dan beramal soleh. marilah kita bertaubat, insaf dan menyesali segala dosa-dosa dan kekurangan kita.. Sesungguhnya, Allah SWT itu Maha Pengasih lagi Maha Pegampun.. Jika kita berdoa bersungguh2, dan menyesali segala perbuatan an dosa kita, Insya-Allah, Allah SWT akan memberkati kita dengan keampunanNya.

Sesungguhnya, seperti yang terkandung dalam surah Al Fatihah:

“Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat”

Semoga Allah SWT mengampuni dosa-dosa kita, suami/isteri kita, ibubapa kita, anak anak kita, adik-beradik kita, dan semua muslimin & muslimat di mana sahaja mereka berada, baik yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.... Moga iman kita terpelihara dari dicemari dan dikotori dengan maksiat dan dosa2.. Semoga kita semua mati dalam keadaan beriman dan beramal soleh kepadanya, Semoga taubat kita, doa2 kita dan amalan kita diterima olehNya dan menjadi benteng kepada azab kubur & seksaan api neraka..dan yang utama, semoga Allah SWT memberi taufiq dan Hidayah kepada kita semua dan menjadikan kita asbab untuk menyambung usaha dakwah Rasullullah SWT sehingga keseluruh pelusuk dunia dan menjadikan kerja dakwah ini kerja utama kita di dunia yang fana ini, insyaallah

Wassalam

Malaikat Maut merenung wajah 70 kali sehari (berkonsi ilmu)

MEMANG tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab
itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan 'menanti' saat kematian mereka.
Allah berfirman yang bermaksud: "Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami
menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah
kamu akan kembali." (Surah al-Anbiyak ayat 35)

Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah
seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya
mereka tidak lalai mengingati mati.

Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat
kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat
Izrail.

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah
s.a.w bersabda yang bermaksud: "Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di
muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah
seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail:
'Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk
mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.'"

Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak
sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan
dalam hidup.

Takdirnya esok hari terakhir Allah 'pinjamkan' nyawa kepada kita untuk bernafas
di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa
berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?

Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan
pengalaman mereka menghadapi saat kematian.

Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya atau
miskin.

Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir
mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak
kulitnya dari daging ketika hidup-hidup.

Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian.

Kalau hendak diikutkan siapa yang hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yang
amat menyeksakan.

Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan khusnul khatimah
(kebajikan).

Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: "Perhatikanlah
tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu. Pertama: berpeluh pada
pelipis pipinya; kedua: berlinang air matanya dan ketiga: lubang hidungnya
kembang kempis.

"Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh
dan mulutnya berbuih, menandakan menandakan azab Allah sedang menimpa dia."
(Hadis riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi)

Kematian 'menjemput' manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai
daripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha.

Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan
menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih.

Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka.

Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan
perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan
kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar."

Allah juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran
ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah dosanya.

Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan mungkin kerana ketika
hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana setiap
kebajikan pasti akan dibalas.

Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala kebajikan dan kekufurannya
tetap diazab pada hari akhirat kelak.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Apabila telah sampai ajal seseorang
itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam
badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya
sehingga sampai ke lutut.

"Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari
lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu
kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke
dada dan kemudiannya mereka keluar.

"Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari
dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang
itu."

Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah s.w.t dengan sempurna. Dia tidak
diutuskan hanya untuk mencabut roh orang sakit saja ataupun roh orang yang
mendapat kecelakaan dan malapetaka.

Kematian mungkin berlaku kerana sebab bencana seperti gempa bumi, banjir,
kebakaran dan ada juga yang matinya disebabkan kemalangan, diserang penyakit
berbahaya seperti kanser, jantung, Aids, denggi dan taun.

Seorang yang sedang sakit tenat, menjadi rahmat yang tinggi nilainya kerana
Allah masih memberi peluang supaya mereka sedar akan kesilapan yang mereka
lakukan selama hidup di dunia.

Maka waktu itu mereka masih berpeluang bertaubat dari dosa dan kesilapan. Begitu
juga halnya dengan orang mati mengejut disebabkan kemalangan.
Ia memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka yang masih hidup supaya
berhati-hati dan tidak lalai berusaha untuk memperbaiki diri.

Justeru, bagi mereka yang masih diberikan nikmat kehidupan perlu sentiasa
mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku.

Allah menjadikan sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat
maut.

Saidina Abbas meriwayatkan dalam sebuah hadis antara lain menerangkan malaikat
Izrail berasa sedih apabila ditugaskan mencabut roh makhluk bernyawa.

Ini kerana antara makhluk bernyawa itu adalah termasuk manusia yang terdiri
daripada kekasih Allah iaitu Rasul, nabi, wali dan orang soleh.

Malaikat maut mengadu kepada Allah betapa dirinya tidak disenangi keturunan Adam
a.s.

ia mungkin dicemuh kerana mencabut roh manusia yang mana menyebabkan orang
berduka cita akibat kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka.

Justeru, jika seseorang Muslim itu meninggal dunia, beberapa langkah penting
perlu dilakukan seperti menempatkan jenazah di tempat yang sesuai sebagai
menghormatinya, sunat meletakkan keadaan kakinya menghala ke arah kiblat,
tanggalkan pakaian berjahit, tutupkan jenazah dengan sehelai kain nipis ke atas
seluruh jasadnya, rapatkan kedua-dua belah matanya dan mulutnya, letakkan
kedua-dua tangan jenazah di atas dadanya sebagaimana dalam keadaan qiam
(berdiri) ketika solat, letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya
seperti gunting dan pisau serta sunat bagi yang hidup mencium jenazah.
Umat Islam dilarang mengaitkan kematian seorang Muslim itu dengan tanda
tertentu.

Itulah yang menyebabkan umat Islam semakin mundur kerana terlalu banyak
mempercayai perkara khurafat dan tahyul.

Jika ada kematian seperti kemalangan contohnya kita ditegah untuk bertanya
kepada waris apakah perbuatan ganjil yang dilakukan sebelum kematiannya.

Tiada siapa pun dapat mengelak daripada mati melainkan Allah dan kematian tetap
akan datang tepat pada masanya.

Apabila sampai ajal seseorang, umat Islam digalakkan memberi nasihat kepada
keluarga si mati supaya bertenang dan banyakkan bersabar.

Islam menegah amalan keterlaluan seperti menjerit dan meratapi kematian.

Mereka yang masih hidup peluang perlu dimanfaatkan dengan memperbaiki keadaan
diri yang ternyata banyak melakukan kesilapan dan kesalahan.
Tiada daya atau usaha yang boleh menyelamatkan kita daripada kematian.

Kematian menjadikan hati manusia menjadi sedih serta berpisah dengan keluarga
tercinta. Hanya amalan soleh saja akan membawa kita bertemu Allah.

SEMOGA KITA DIJEMPUT BERSAMA RAHMAT ALLAH..AMINNNNN

Wednesday, April 28, 2010

Orang Ikhlas Itu Tertindas???sangat baik untuk dijadikan pedoman hidup,semoga memberi panduan..

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan
dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan
kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan
yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa
tahun lalu di sebuah organisasi.


“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,”
kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya
terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak
ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak
pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja
sahaja.”


Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior.
Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah
kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia
akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi
memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk
meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ.
Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara
ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat
kenaikan gaji?


Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya
kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan
dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”


Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang
anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam
profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera,
pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di
wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang
anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.


“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan
naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik
pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang
kakak pilih?”


Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya
pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat
pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”


Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam
organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir
berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih
kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini,
Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”


“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu
misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi
yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam
hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada
kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita
berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”


“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja,
tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan
di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya.
Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu
misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi
kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu
dipanggil golden rule!”


Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara
apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di
satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak.
Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi
isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia
terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan
untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”


Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya
lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang
saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau
setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah
lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong
sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita
bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”


Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita
bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk
kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita
tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk
memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada
di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati
orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas
kebaikan kita tadi.”


“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam
kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan
A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau
lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam
kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya
kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.


“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya
dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun
mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan
kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke
dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi,
Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya
di dunia lagi.”


“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam
hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami
yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan
dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat
atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki
bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”


Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah.
Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat
yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi
ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you
give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja,
tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan
itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat
anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan
isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.


“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang
tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya,
tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our
“ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia
juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang
lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat
penghargaan…”
“Maksud encik?”


“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang
kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah,
kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai
bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang
pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia
yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al
Quran.


“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada
yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa
kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat
penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”


Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan
besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa
memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas
daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

Ingat mengingatiiii...bestttt harap trus membaca

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin
pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....

" Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat
seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik
kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri
dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak
banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada
duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar
ditembak reaksinya.

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.

"Takkan 5 ringgit?"

Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh
dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa
ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan
ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang
ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang
bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati
mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung,
saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan
selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk
diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya
yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan
kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum
apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.
Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam
memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi
sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan
setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya
tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik
perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada',
tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau
disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.
Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin
membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas
beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat
komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.
Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada
sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi
keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun
perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya
ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin
saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap
diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh
saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya
berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek
anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya
sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di
samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh
sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah
membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.
Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun
saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada
anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.
Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,
tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :

" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam
kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka
bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu
sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul
siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun
itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan
pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang
diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana
buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada?
Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

Tuesday, April 27, 2010

Soal Jawab Agama..baca jngan x baca

Soalan & Jawapan Kemusykilan Agama

Semoga ianya membantu sahabat sekalain.

Apakah hukumnye lelaki memakai cincin suasa dan platinum.
JawapanBerdasarkan keputusan mesyuarat Panel Kajian Syariah tahun 2000 hukum memakai suasa bagi lelaki adalah haram manakala Keputusan Muzakarah Fatwa kali ke 52 pada 1 julai 2002 menyatakan bahawa haram memakai platinum ke atas golongan lelaki. "

Apakah hukum seseorang lelaki memakai cincin yang diperbuat daripada emas putih??
JawapanLelaki Islam diharamkan memakai cincin yang diperbuat daripada emas putih. Ini adalah berdasarkan kepada Keputusan Muzakarah Fatwa kali ke 52 pada 1 julai 2002"

Apakah hukum bagi lelaki memakai gelang?
JawapanHukum lelaki memakai gelang yang boleh menyerupai perhiasan wanita adalah haram.

Adakah haram bagi seorang lelaki memakai jam tangan yang bersadur emas(gold plated)?
JawapanHukum seorang lelaki memakai jam tangan atau sesuatu yang bersadur emas adalah haram. Ini adalah berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW bermaksud: "Janganlah kamu pakai sutera halus dan juga sutera kasar, serta jangan kamu makan / minum dengan menggunakan bekas emas dan perak, kerana sesungguhnya barang-barang itu untuk mereka (orang kafir) di dunia dan untuk kamu (kelak) di akhirat". (Riwayat Bukhari dan Muslim) "

Assalamulaikum, apa hukum membawa rokok (didalam kotak) kedalam masjid atau surau? ada yang mengatakan ia Haram? Tolong jelaskan bersama nas Al Quran & Hadith. Terima Kasih
JawapanMuzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa haram merokok dan ia wajib diikuti oleh setiap muslim. Oleh itu membawa kotak di dalam masjid/surau adalah berdosa. "

Apakah hukum menentukan bilangan anak?
JawapanHukum menghadkan anak tanpa alasan yang dibenarkan oleh syarak adalah haram. Tetapi sekiranya terdapat masalah dari segi kesihatan dan kewangan adalah dibenarkan."

Assalammualaikum.saya merupakan seorang pelajar jururawat.baru-baru ini saya telah berposting di wad bersalin.seorang rakan bertanya kepada saya apakah hukum seorang suami minum susu isterinya??saya kurang pasti dengan hukumnya kerana saya pernah mendengar meminum susu isteri dibolehkan tetapi apabila saya melayari internet untuk mencari jawapan kepada kemusykilan saya banyak hukum yang dinyatakan.boleh tolong jelaskan apakah hukum meminum susu seorang isteri????terima kasih....
JawapanTiada nas atau dalil yang menyatakan meminum susu isteri adalah haram."

Apakah hukum memakai jersey bola contohnya yang terdapat bendera yang ada lambang cross/salib
JawapanHukum memakai jersi atau pakaian yang mengandungi lambang salib adalah haram. Oleh itu, saudara hendaklah menghindari daripada memakai pakaian tersebut."

Apakah hukumnya memakan hasil duit daripada penjualan ular contohnya. ahli bomba telah menangkap ular sawa, lepas itu dijual ular tersebut.apakah hukumnya makan hasuil daripada jualnya ular tersebut
JawapanHukum memakan hasil pendapatan daripada sumber yang haram adalah haram.

Saya mempunyai kawan yang tidak menunaikan solat setelah ditegur pon masih tidak menunaikan solat.Saya selalu membeli makanan untuk dia kerana saya seorang sahaja mempunyai kenderaan... Adakah saya berdosa kerana dianggap bersubahat memberi makan kepada dia dan apakah hukum memberi makan kepada orang yang tidak menunaikan solat?
JawapanSolat adalah kewajipan setiap orang Islam apabila cukup syarat-syaratnya. Perbuatan kawan saudara yang tidak menunaikan solat adalah dikira melanggar syariat Islam dan berdosa. Perbuatan saudara yang selalu menegurnya tanpa jemu adalah amat wajar. Saudara sudah terlepas daripada dosa kerana sudah menegurnya setakat yang termampu. Perbuatan saudara yang membelikannya makanan tidak dikira bersubahat dan tidak menggambarkan keredhaan di atas perangainya. Sebaliknya perbuatan saudara amat baik kerana atas dasar persaudaraan sesama Islam yang saling sayang menyayangi sesama Islam dan tidak sanggup melihat saudara seIslam kelaparan. Teruskanlah usaha anda menegurnya supaya menunaikan solat dalam kehidupan sehariannya. wallahuaklam"

Assalamu alaikum Tuan, Dalam keadaan tempat kerja saya, saya terpaksa menempuh keadaan dimana gerai makanan orang Islam betul-betul bersebelahan gerai makanan yang menjual makanan cina, yang pastinya ada khinzir. Ada dua gerai sahaja. Tempat duduk pun adalah bebas. Pernah saya nampak pelanggan cina memakan makanan islam serta cina sekaligus. Bolehkahkah saya terus makan disitu atau bagaimana? Masa memakan sangat terhad. Harap Tuan dapat nasihati saya. Saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih dan semoga Tuan dalam keadaan amat sihat selalu. Wassalaam.
JawapanWa'alaikumussalam w.b.t. Panel mengucapkan syabas di atas keprihatinan anda untuk memilih soal makanan. Dalam situasi tersebut anda boleh membuat keputusan sendiri. Jika anda benar-benar yakin tempat anda makan itu boleh bercampur dengan makanan haram terutamanya mengenai penggunaan peralatan makan dan minum maka elok anda membawa bekal makanan dan peralatan sendiri. Ini adalah selaras dengan sabda Rasulullah S.A.W.yang bermaksud: "Tinggallah apa yang meragukan kamu dan ambillah sesuatu yang tidak meragukanmu " ( Riwayat Muslim )

Salam.... soalan saya.. saya pernah terdengar seorang penceramah yang mengatakan bahawa tupai ( haiwan ) halal di makan,sebenarnya apakah kedudukan daging tupai di dalam islam.apakah hukum memakannya
JawapanWaa'laikumussalam Ada pendapat ulamak mengatakan bahawa daging tupai halal dimakan kerana ia tidak membawa sebarang kesan sampingan tambahan pula makanan yang diambil oleh tupai adalah makanan yang baik-baik(buah-buahan)."

Asmk,Ustaz,Ustazah, Maaf menggangu.Di sini saya mohon penjelasan tentang baja yang dihasilkan dari tulang dan darah dalam bentuk cecair (liquid bone meal & blood meal fertilizers)yang dihasilkan dari najis berat (khinzir) ataupun pertengahan (kambing).Baja ini selalunya digunakan di luar negara dan cara menggunakannya dengan dicampurkan dengan air dan disembur kepada pokok tetapi dengan kuantiti yang sedikit (6%) sahaja untuk satu proses tumbesaran.Apakah proses transformasi (istihalah) kimia didalam tumbuhan itu boleh menjadikan hukum buah itu suci.Dan juga setahu saya darah yang diproses itu akan dididihkan dahulu hingga 100'c serta tulang pula akan direbus dahulu sebelum di jadikan cecair.Apakah hukumnya sekiranya kita makan sesuatu yang kita tidak tahu apakah baja yang digunkan memandangkan pasaran tanaman begitu meluas sekarang ini?Terima kasih.
JawapanHukum memakan makanan yang menggunakan baja daripada najis mughallazah adalah diharuskan dengan syarat baja berkenaan tidak mengenai langsung buah atau daun/sayur yang kita makan. Jika baja berkenaan mengenai secara langsung atau dijirus ke atas daun/buah berkenaan maka bahan berkenaan wajib disamak sebelum dimakan. Jika kita merasa ragu-ragu terhadap produk yang dihasilkan oleh industri luar negara, lebih baik kita jangan memakannya dan makanlah makanan/produk yang dihasilkan dalam negeri sahaja.Ini bagi menjamin kesucian hati dan diri kita daripada termakan makanan yang diharamkan syarak."

Adakah ikan kembung rebus yang di rebus bersama perutnya boleh di makan mintak penerangan
JawapanIkan besar (2 jari) perutnya adalah haram "

Bolehkah daging qurban dimakan oleh orang bukan muslim? Jika tidak, boleh nyatakan sebabnya?
JawapanMenurut pendapat Mazhab Syafi’i; Adalah harus memberi makan kepada mereka jika korban itu adalah korban sunat, bukan korban wajib (yakni korban nazar). Wallahu a’lam."

Halal atau haram memakan ulat sagu serawak
JawapanSumber utama makanan dan minuman manusia adalah dari haiwan dan tumbuh-tumbuhan. 1. HAIWAN Haiwan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu: a) Haiwan darat b) Haiwan air 1.1. HAIWAN DARAT Semua haiwan darat halal dimakan kecuali: a) Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak. b) Babi c) Anjing d) Haiwan yang bertaring yang digunakan untuk mencakar dan membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah dan seumpamanya. e) Burung yang mempunyai kuku pencakar atau makan menyambar umpamanya burung helang dan seumpamanya. f) Haiwan-haiwan yang diperintah oleh Islam membunuhnya iaitu seperti tikus, kala, burung helang, lipan dan seumpamanya. g) Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya iaitu seperti semut, lebah dan burung belatuk. h) Haiwan yang dipandang jijik (keji) oleh umum seperti kutu, lalat, ulat dan seumpamanya. i) Haiwan yang hidup di darat dan di air (dua alam) seperti katak, buaya dan seumpamanya. 1.2 HAIWAN AIR Haiwan air ialah haiwan yang boleh hidu"

Apakah hukum makan ketam nipah
Jawapanketam nipah bukanlah daripada jenis reptilia dan amfibia, tetapi ia adalah dari jenis rustasia iaitu sama golongan dengan udang dan kerang. Keseluruhan edaran hidupnya adalah di dalam air dan mempunyai sistem pernafasan melalui insang dan bukan paru-paru. Ia bernafas menggunakan oksigen dalam air sebagai pelarut. Kehidupan ketam nipah di darat hanya dalam tempoh masa yang singkat sahaja iaitu lebih kurang 2 atau 3 hari, kerana dalam insangnya mempunyai satu ruang pintu yang boleh ditutup dan mengandungi sedikit air. Ia menggunakan air tersebut untuk pernafasan dan sekiranya air itu kering ia akan mati. Oleh itu dari segi hukum ketam nipah adalah binatang yang boleh dimakan. .."
"
Apakah hukum nya memakan ketam sungai atau lebih di kenali di swak sbg ketam kalok?
JawapanHarus memakan ketam sungai."
ketam batu dari segi syariah islam halal makruh atau haram
JawapanKetam yang hidup di dalam air dan mencari makan di air dan kemudian apabila berada di darat mencari makan di darat adalah di ketogerikan sebagai binatang yang hidup dua alam yang tidak halal dimakan. Manakala ketam yang hidup di dalam air dan mencari makan di dalam air sahaja dan tidak boleh hidup di darat dalam tempoh yang panjang maka ia halal dimakan. "

Apakah hukum memakan belangkas dan ketam paya bakau
JawapanHukum memakan belangkas adalah harus. manakala ketam paya pula sekiranya tidak hidup di dua alam maka harus dimakan."
"
Apakah hukum orang yang memakai tatoo sementara yang boleh dipadam setelah memakainya?
JawapanMemakai tatoo adalah Haram tidak kira sementara ataupun yang tidak boleh dipadam"