CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Wednesday, April 28, 2010

Orang Ikhlas Itu Tertindas???sangat baik untuk dijadikan pedoman hidup,semoga memberi panduan..

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan
dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan
kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan
yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa
tahun lalu di sebuah organisasi.


“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,”
kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya
terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak
ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak
pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja
sahaja.”


Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior.
Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah
kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia
akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi
memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk
meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ.
Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara
ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat
kenaikan gaji?


Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya
kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan
dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”


Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang
anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam
profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera,
pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di
wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang
anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.


“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan
naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik
pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang
kakak pilih?”


Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya
pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat
pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”


Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam
organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir
berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih
kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini,
Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”


“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu
misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi
yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam
hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada
kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita
berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”


“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja,
tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan
di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya.
Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu
misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi
kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu
dipanggil golden rule!”


Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara
apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di
satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak.
Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi
isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia
terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan
untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”


Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya
lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang
saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau
setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah
lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong
sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita
bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”


Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita
bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk
kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita
tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk
memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada
di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati
orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas
kebaikan kita tadi.”


“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam
kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan
A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau
lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam
kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya
kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.


“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya
dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun
mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan
kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke
dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi,
Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya
di dunia lagi.”


“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam
hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami
yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan
dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat
atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki
bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”


Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah.
Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat
yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi
ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you
give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja,
tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan
itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat
anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan
isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.


“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang
tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya,
tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our
“ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia
juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang
lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat
penghargaan…”
“Maksud encik?”


“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang
kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah,
kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai
bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang
pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia
yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al
Quran.


“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada
yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa
kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat
penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”


Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan
besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa
memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas
daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

Ingat mengingatiiii...bestttt harap trus membaca

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin
pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....

" Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat
seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik
kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri
dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak
banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada
duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar
ditembak reaksinya.

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.

"Takkan 5 ringgit?"

Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh
dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa
ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan
ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang
ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang
bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati
mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung,
saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan
selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk
diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya
yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan
kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum
apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.
Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam
memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi
sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan
setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya
tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik
perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada',
tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau
disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.
Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin
membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas
beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat
komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.
Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada
sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi
keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun
perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya
ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin
saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap
diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh
saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya
berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek
anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya
sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di
samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh
sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah
membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.
Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun
saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada
anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.
Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,
tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :

" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam
kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka
bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu
sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul
siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun
itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan
pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang
diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana
buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada?
Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

Tuesday, April 27, 2010

Soal Jawab Agama..baca jngan x baca

Soalan & Jawapan Kemusykilan Agama

Semoga ianya membantu sahabat sekalain.

Apakah hukumnye lelaki memakai cincin suasa dan platinum.
JawapanBerdasarkan keputusan mesyuarat Panel Kajian Syariah tahun 2000 hukum memakai suasa bagi lelaki adalah haram manakala Keputusan Muzakarah Fatwa kali ke 52 pada 1 julai 2002 menyatakan bahawa haram memakai platinum ke atas golongan lelaki. "

Apakah hukum seseorang lelaki memakai cincin yang diperbuat daripada emas putih??
JawapanLelaki Islam diharamkan memakai cincin yang diperbuat daripada emas putih. Ini adalah berdasarkan kepada Keputusan Muzakarah Fatwa kali ke 52 pada 1 julai 2002"

Apakah hukum bagi lelaki memakai gelang?
JawapanHukum lelaki memakai gelang yang boleh menyerupai perhiasan wanita adalah haram.

Adakah haram bagi seorang lelaki memakai jam tangan yang bersadur emas(gold plated)?
JawapanHukum seorang lelaki memakai jam tangan atau sesuatu yang bersadur emas adalah haram. Ini adalah berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW bermaksud: "Janganlah kamu pakai sutera halus dan juga sutera kasar, serta jangan kamu makan / minum dengan menggunakan bekas emas dan perak, kerana sesungguhnya barang-barang itu untuk mereka (orang kafir) di dunia dan untuk kamu (kelak) di akhirat". (Riwayat Bukhari dan Muslim) "

Assalamulaikum, apa hukum membawa rokok (didalam kotak) kedalam masjid atau surau? ada yang mengatakan ia Haram? Tolong jelaskan bersama nas Al Quran & Hadith. Terima Kasih
JawapanMuzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa haram merokok dan ia wajib diikuti oleh setiap muslim. Oleh itu membawa kotak di dalam masjid/surau adalah berdosa. "

Apakah hukum menentukan bilangan anak?
JawapanHukum menghadkan anak tanpa alasan yang dibenarkan oleh syarak adalah haram. Tetapi sekiranya terdapat masalah dari segi kesihatan dan kewangan adalah dibenarkan."

Assalammualaikum.saya merupakan seorang pelajar jururawat.baru-baru ini saya telah berposting di wad bersalin.seorang rakan bertanya kepada saya apakah hukum seorang suami minum susu isterinya??saya kurang pasti dengan hukumnya kerana saya pernah mendengar meminum susu isteri dibolehkan tetapi apabila saya melayari internet untuk mencari jawapan kepada kemusykilan saya banyak hukum yang dinyatakan.boleh tolong jelaskan apakah hukum meminum susu seorang isteri????terima kasih....
JawapanTiada nas atau dalil yang menyatakan meminum susu isteri adalah haram."

Apakah hukum memakai jersey bola contohnya yang terdapat bendera yang ada lambang cross/salib
JawapanHukum memakai jersi atau pakaian yang mengandungi lambang salib adalah haram. Oleh itu, saudara hendaklah menghindari daripada memakai pakaian tersebut."

Apakah hukumnya memakan hasil duit daripada penjualan ular contohnya. ahli bomba telah menangkap ular sawa, lepas itu dijual ular tersebut.apakah hukumnya makan hasuil daripada jualnya ular tersebut
JawapanHukum memakan hasil pendapatan daripada sumber yang haram adalah haram.

Saya mempunyai kawan yang tidak menunaikan solat setelah ditegur pon masih tidak menunaikan solat.Saya selalu membeli makanan untuk dia kerana saya seorang sahaja mempunyai kenderaan... Adakah saya berdosa kerana dianggap bersubahat memberi makan kepada dia dan apakah hukum memberi makan kepada orang yang tidak menunaikan solat?
JawapanSolat adalah kewajipan setiap orang Islam apabila cukup syarat-syaratnya. Perbuatan kawan saudara yang tidak menunaikan solat adalah dikira melanggar syariat Islam dan berdosa. Perbuatan saudara yang selalu menegurnya tanpa jemu adalah amat wajar. Saudara sudah terlepas daripada dosa kerana sudah menegurnya setakat yang termampu. Perbuatan saudara yang membelikannya makanan tidak dikira bersubahat dan tidak menggambarkan keredhaan di atas perangainya. Sebaliknya perbuatan saudara amat baik kerana atas dasar persaudaraan sesama Islam yang saling sayang menyayangi sesama Islam dan tidak sanggup melihat saudara seIslam kelaparan. Teruskanlah usaha anda menegurnya supaya menunaikan solat dalam kehidupan sehariannya. wallahuaklam"

Assalamu alaikum Tuan, Dalam keadaan tempat kerja saya, saya terpaksa menempuh keadaan dimana gerai makanan orang Islam betul-betul bersebelahan gerai makanan yang menjual makanan cina, yang pastinya ada khinzir. Ada dua gerai sahaja. Tempat duduk pun adalah bebas. Pernah saya nampak pelanggan cina memakan makanan islam serta cina sekaligus. Bolehkahkah saya terus makan disitu atau bagaimana? Masa memakan sangat terhad. Harap Tuan dapat nasihati saya. Saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih dan semoga Tuan dalam keadaan amat sihat selalu. Wassalaam.
JawapanWa'alaikumussalam w.b.t. Panel mengucapkan syabas di atas keprihatinan anda untuk memilih soal makanan. Dalam situasi tersebut anda boleh membuat keputusan sendiri. Jika anda benar-benar yakin tempat anda makan itu boleh bercampur dengan makanan haram terutamanya mengenai penggunaan peralatan makan dan minum maka elok anda membawa bekal makanan dan peralatan sendiri. Ini adalah selaras dengan sabda Rasulullah S.A.W.yang bermaksud: "Tinggallah apa yang meragukan kamu dan ambillah sesuatu yang tidak meragukanmu " ( Riwayat Muslim )

Salam.... soalan saya.. saya pernah terdengar seorang penceramah yang mengatakan bahawa tupai ( haiwan ) halal di makan,sebenarnya apakah kedudukan daging tupai di dalam islam.apakah hukum memakannya
JawapanWaa'laikumussalam Ada pendapat ulamak mengatakan bahawa daging tupai halal dimakan kerana ia tidak membawa sebarang kesan sampingan tambahan pula makanan yang diambil oleh tupai adalah makanan yang baik-baik(buah-buahan)."

Asmk,Ustaz,Ustazah, Maaf menggangu.Di sini saya mohon penjelasan tentang baja yang dihasilkan dari tulang dan darah dalam bentuk cecair (liquid bone meal & blood meal fertilizers)yang dihasilkan dari najis berat (khinzir) ataupun pertengahan (kambing).Baja ini selalunya digunakan di luar negara dan cara menggunakannya dengan dicampurkan dengan air dan disembur kepada pokok tetapi dengan kuantiti yang sedikit (6%) sahaja untuk satu proses tumbesaran.Apakah proses transformasi (istihalah) kimia didalam tumbuhan itu boleh menjadikan hukum buah itu suci.Dan juga setahu saya darah yang diproses itu akan dididihkan dahulu hingga 100'c serta tulang pula akan direbus dahulu sebelum di jadikan cecair.Apakah hukumnya sekiranya kita makan sesuatu yang kita tidak tahu apakah baja yang digunkan memandangkan pasaran tanaman begitu meluas sekarang ini?Terima kasih.
JawapanHukum memakan makanan yang menggunakan baja daripada najis mughallazah adalah diharuskan dengan syarat baja berkenaan tidak mengenai langsung buah atau daun/sayur yang kita makan. Jika baja berkenaan mengenai secara langsung atau dijirus ke atas daun/buah berkenaan maka bahan berkenaan wajib disamak sebelum dimakan. Jika kita merasa ragu-ragu terhadap produk yang dihasilkan oleh industri luar negara, lebih baik kita jangan memakannya dan makanlah makanan/produk yang dihasilkan dalam negeri sahaja.Ini bagi menjamin kesucian hati dan diri kita daripada termakan makanan yang diharamkan syarak."

Adakah ikan kembung rebus yang di rebus bersama perutnya boleh di makan mintak penerangan
JawapanIkan besar (2 jari) perutnya adalah haram "

Bolehkah daging qurban dimakan oleh orang bukan muslim? Jika tidak, boleh nyatakan sebabnya?
JawapanMenurut pendapat Mazhab Syafi’i; Adalah harus memberi makan kepada mereka jika korban itu adalah korban sunat, bukan korban wajib (yakni korban nazar). Wallahu a’lam."

Halal atau haram memakan ulat sagu serawak
JawapanSumber utama makanan dan minuman manusia adalah dari haiwan dan tumbuh-tumbuhan. 1. HAIWAN Haiwan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu: a) Haiwan darat b) Haiwan air 1.1. HAIWAN DARAT Semua haiwan darat halal dimakan kecuali: a) Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak. b) Babi c) Anjing d) Haiwan yang bertaring yang digunakan untuk mencakar dan membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah dan seumpamanya. e) Burung yang mempunyai kuku pencakar atau makan menyambar umpamanya burung helang dan seumpamanya. f) Haiwan-haiwan yang diperintah oleh Islam membunuhnya iaitu seperti tikus, kala, burung helang, lipan dan seumpamanya. g) Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya iaitu seperti semut, lebah dan burung belatuk. h) Haiwan yang dipandang jijik (keji) oleh umum seperti kutu, lalat, ulat dan seumpamanya. i) Haiwan yang hidup di darat dan di air (dua alam) seperti katak, buaya dan seumpamanya. 1.2 HAIWAN AIR Haiwan air ialah haiwan yang boleh hidu"

Apakah hukum makan ketam nipah
Jawapanketam nipah bukanlah daripada jenis reptilia dan amfibia, tetapi ia adalah dari jenis rustasia iaitu sama golongan dengan udang dan kerang. Keseluruhan edaran hidupnya adalah di dalam air dan mempunyai sistem pernafasan melalui insang dan bukan paru-paru. Ia bernafas menggunakan oksigen dalam air sebagai pelarut. Kehidupan ketam nipah di darat hanya dalam tempoh masa yang singkat sahaja iaitu lebih kurang 2 atau 3 hari, kerana dalam insangnya mempunyai satu ruang pintu yang boleh ditutup dan mengandungi sedikit air. Ia menggunakan air tersebut untuk pernafasan dan sekiranya air itu kering ia akan mati. Oleh itu dari segi hukum ketam nipah adalah binatang yang boleh dimakan. .."
"
Apakah hukum nya memakan ketam sungai atau lebih di kenali di swak sbg ketam kalok?
JawapanHarus memakan ketam sungai."
ketam batu dari segi syariah islam halal makruh atau haram
JawapanKetam yang hidup di dalam air dan mencari makan di air dan kemudian apabila berada di darat mencari makan di darat adalah di ketogerikan sebagai binatang yang hidup dua alam yang tidak halal dimakan. Manakala ketam yang hidup di dalam air dan mencari makan di dalam air sahaja dan tidak boleh hidup di darat dalam tempoh yang panjang maka ia halal dimakan. "

Apakah hukum memakan belangkas dan ketam paya bakau
JawapanHukum memakan belangkas adalah harus. manakala ketam paya pula sekiranya tidak hidup di dua alam maka harus dimakan."
"
Apakah hukum orang yang memakai tatoo sementara yang boleh dipadam setelah memakainya?
JawapanMemakai tatoo adalah Haram tidak kira sementara ataupun yang tidak boleh dipadam"

Salam 1 Malaysia



Ya ALLAH,sesungguhnya aku berlindung kepadamu daripada hati yg tidak khusyuk,doa yang tidak didengar,jiwa yang tidak pernah puas dan daripada ilmu yang tidak bermanfaat.Dan aku berlindung kepada mu daripada empat perkara tersebut.Amin

Sudah lama rasanya ingin ku coretkan sebuah cerita kehidupanku..namun masa & waktu tidak mengizinkan.

Pahit manis hidup berumahtangga di usia muda,menjadikan aku seorang yang tabah,kuat & penuh keazaman.


Wah,30thun umurku, sudah mempunyai 4 cahayamata, seperti tidak percaya,perkahwinan seusia 21tahun menjadikan aku seorang ibu muda..Sungguh aku tidak pernah merasakan bahawa perjalanan hidupku ini,telah tertulis begini.Dalam usia mencecah 22tahun aku sudah menimang cahaya mata.Bahagianya menjadi seorang ibuuu..
Nur Fatin Arrisha (8thun),Nur Farhatul Mustamirah (7thun),Muhammad Fahrin Irfan(4thun)akhirnya dapat juga aku anak lelaki..yang ke 4 Baby Girl Nur Farzana Damia.
Yang lebih membahagiakan diri ini adalah aku mempunyai seorang suami yang amat menyayangiku.I Love U4ever..ever..ever..ever..