CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Thursday, May 13, 2010

Hadiah hari jadi Damia...



Sepasang seluar jean jenama guess
Damia..baby mia...mia dobei-dobei..huh banyak betul gelaran untuk anak mama sorang nie..ye lah Damiakan anak paling kecil dalam keluarga, eh paling bongsu..eh boleh ke abang..Damia yang bongsu...ha..ha..


K.long dan k.ngahkan suka panggil mia dobei-dobei,abg chik plak suka panggil baby mia..hem..mama ngan abah lagi ler banyak, mia sayang,damia..oh luper tokwan suka panggil damiellll,pelat tokwan x der gigi.hi..hi...

Sepasang kasut
Hem damia nak tau,kakak-kakak dan abang Damia begitu teruja menantikan tarikh kelahiran Damia, siap nak beli kek la,nak buat jamuan la.Hem,tapi ye la Damiakan kecil lagi,abah cakap abah tak der cuti,mama pulak kerja,komitment nak buat tuh tidak mengizinkan,jadi mama ngan abah hanya sempat belikan hadiah sahaja buat mia,
kakak & abg ciq pun setuju..Hem waalupun damia masih kecil mama bersama abah ingin beritahu Damia we love u damia....


Alhamdullillah,tanggal 12/05/2009 tepat jam 1.37pm lahirlah dirimu sayang,abah begitu teruja melihat kelahiranmu.Terima kasih juga pada my hubby kerana begitu kuat & sabar menunggu saat kelahiran Damia.

Damia,mama & abah berpesan bila dewasa hormatilah orang tua,jangan tinggalkan solat
sentiasa mendoakan mama & abah serta seluruh kaum keluarga,semoga Damia menjadi anak yang baik & solehah..We love u Nur Farzana Damia, dari Mama,Abah, K.long.K.ngah & Abg chiq.

Tetiba rasa air mata mama hendak mengalir,terkenang pula sewaktu mama mengandungkan damia,begitu banyak dugaannya,alahan yang teruk,demam yang kerap, sehingga pernah dimasukkan ke wad, ye la Damiakan anak ke 4,mungkin badan mama tak sekuat mengandungkan kakak-kakak Damia & abang Damia,wujud juga rasa kebimbangan dihati mama, apabila doktor memberitahu risiko-risiko yang anak dalam kandungan akan dapat,jika mama tidak menjaga permakanan mama& kesihatan mama,hari-hari tidak pernah lupa mendoakan semoga anak mama sihat dari segala penyakit.

Duhai anak mama berpesan....



Ah minggu ini banyak betul kerja..Sampai terlebih 2 hari untuk mama coretkan kisah anak mama,Sorry sayangku damia, sepatutnya mama nak tulis pada damia birthday ari tuh,12 may 2010,tapi mama banyak report-report urgent nak buat la sayang.

Hari ini baru mama berkesempatan, sayang anak mama, happy birthday to u,semoga panjang umur,dimurahkan rezeki,diberikan kesihatan yang berpanjangan,menjadi anak yang solehah & diharapkan akan sentiasa menggembirakan hati mama dan abah.

Sunday, May 9, 2010

Bahagia menjadi seorang Wanita..

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"
Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu "

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.

Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu:

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."

"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya ? tempat dimana cinta itu ada."


`Setiap Wanita itu Cantik'.

Mak..Happy Mother`s Day..


Terlebih dahulu ingin ku ucapkan `Selamat hari ibu buat ibuku Che Rusiah Binti Junid,terima kasih mak, diatas semua pengorbanan,jasa-jasa & kasih sayang yang kau berikan kepadaku,tidak terluah dengan kata-kata rasanya..
Mak,selama ini,apa sahaja masalah yang kuhadapi,dirimulah org pertama yang akan berada disisi,waktu senang atau susah,kau tidak pernah jemu memberi semangat,nasihat & kekuatan untuk anakmu terus menghadapi masa mendatang dengan tabah.
Aku bahagia mempunyai ibu sepertimu..Aku berbangga menjadi anakmu..Aku sentiasa mendoakan dirimu sentiasa berada didalam lindungan ALLAH hendaknya,diberi kesihatan yang berpanjangan bersama umur yang panjang..
Mak sesungguhnya aku merasakan setiap nafas yang ku hela kau pasti ada bersamaku..
kerana sesungguhnya kau amat bererti dalam hidupku..
Tanpamu siapalah aku,bagaimana aku hari ini,bagaimana aku akan menjadi isteri & ibu yang baik untuk keluargaku,bagaimana aku akan kuat untuk menghadapi sebarang dugaan yang mendatang,tabah mengharungi rintangan kuat untuk apa sahaja yang mendatangai..Ini adalah berkat doa-doamu mak yang sentiasa mendoakan kami anak-anakmu.Ini adalah berkat tunjuk ajarmu agar kami sentiasa menjadi seorang insan yang sabar,tabah & sentiasa menjadi orang-orang yang bersyukur.
Alhamdullillah sedikit sebanyak semua ajaranmu dapat anakmu praktikkan dalam kehidupan harian & ia amat berguna untuk anakmu.
Mak terima kasih sekali lagi,kerana menyayangi diri ini,melahir & membesarkan ku dengan penuh kasih sayang...I love u 4 ever & ever & ever..
Kasihhhnyaaaaa IBUUUUUUUU membawa ke SYURRRRRRGAAAA...

Thursday, May 6, 2010

Dasyatnya Azab Kubur (sekadar berkongsi ilmu)

Salam mesra kepada semua, sedikit tazkirah ringkas dalam blog saya ini untuk memperingati kepada diri saya dan semua akan azab kubur yang amat pedih dan dahsyat. Suatu azab yang cukup hebat kepada hambanya yang melakukan maksiat dan dosa. Azab kubur merupakan intro sebelum menempuh azab neraka kepada orang yang menderhakai Allah dan RasulNya.

Tanpa iman dan takwa, segala rahmat Allah akan terputus bila keluarnya nyawa dari tubuh kita. Orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa ada kehidupan yang abadi dan lebih sempurna selepas kehidupan di dunia ini. Kehidupan inilah menjadi fokus utama orang-orang yang beriman.

Kerana itulah, persoalan akidah merupakan perkara yang paling asas dalam Islam. Islam diibaratkan sebagai bangunan, manakala akidah pula diibaratkan sebagai asas atau tapak kepada binaan tersebut. Jika rosak akidah seseorang maka rosaklah semua amalan yang dibina diatasnya. Atas dasar inilah Rasulullah SAW memulakan dakwahnya dengan persoalan akidah sebelum mengajar tentang hukum syariat Islam.

Walaupun Islam menganjurkan penggunaan akal fikiran namun dalam pembahasan akidah peranan akal wajib dibatasi. Apalagi persoalan akidah banyak berkait dengan perkara-perkara ghaib yang tidak mampu dicapai oleh akal manusia yang sangat terbatas.

Istilah “kubur” hanyalah berdasarkan kebiasaan setiap manusia yang meninggal dunia akan dikuburkan. Adakah setiap manusia mesti ada kubur jika mereka meninggal dunia?. Sudah pasti tidak, kerana kadang-kadang terdapat manusia yang tidak diketahui di mana kuburnya, seperti orang yang mati dimakan binatang buas, mati terbakar hangus, mati hancur berkecai jasadnya kerana kemalangan, mati hilang di laut dan sebagainya.

Namun menurut keyakinan ahli sunnah wal jamaah setiap manusia yang mati tetap akan berada di alam kubur atau di alam barzakh iaitu alam di antara alam dunia dengan alam akhirat.

Menurut kamus Lisanul Arabi oleh Ibni Manzur, makna alam barzakh ialah suatu tempat di antara dunia dan akhirat sebelum dihimpunkan di padang Mahsyar daripada waktu mati hinggalah dibangkitkan atau ia juga bermakna dinding pembatas antara dua benda sejak dari waktu kematian seseorang sehinggalah dia dibangkitkan. Jadi sesiapa yang mati bermakna dia telah memasuki alam barzakh atau alam kubur.

Banyak perkara di dunia ini yang kita tidak dapat saksikan dengan mata kasar tetapi kita tetap meyakini kewujudannya. Contohnya beberapa orang yang tidur nyenyak di atas satu hamparan. Ada di antara mereka bermimpi indah dan ketika ia bangun, jasadnya merasai nikmat yang dirasakan oleh rohnya ketika bermimpi. Demikian sebaliknya, orang yang bermimpi buruk dan mengerikan, bukan sahaja rohnya terseksa tetapi badannya juga rasa terseksa. Sedangkan mereka yang tidur berhampiran pula tidak mengetahui apa yang dirasakan oleh rakannya. Jika perkara seperti inipun diakui hakikat kewujudannya maka demikianlah dengan alam barzakh, malahan alam barzakh lebih hebat dari itu.

Sesungguhnya nikmat dan azab kubur adalah sesuatu yang wajib kita imani dan yakini kewujudannya walaupun ia tidak dapat dibuktikan secara nyata tetapi ia termasuk dalam perkara “sam’iyyat” yang wajib kita yakini. Kerana Rasulullah SAW memerintahkan agar kita berlindung dari azab kubur sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh imam Muslim yang menyuruh para sahabat agar mengamalkan doa seperti berikut:

“Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku mohon berlindung dari azab api neraka dan aku mohon berlindung dari azab kubur.”

Kita wajib berlindung diri dari azab kubur, kerana alam kubur merupakan persinggahan sementara untuk kehidupan selanjutnya. Jika di alam kubur kita mendapat kenikmatan, itulah tanda bahawa kita akan mendapat kemudahan dan kebahagiaan di alam akhirat nanti. Sebaliknya, apabila mendapat azab kubur, itulah petanda bahawa orang tersebut akan mendapat kesulitan di akhirat nanti. Sabda Rasulullah yang bermaksud :

“Sesungguhnya kubur itu, adalah singgahan pertama ke akhirat, sekiranya yang singgah itu terselamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih mudah lagi. Dan jika tidak selamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih sukar lagi.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Pernahkah kita terfikir bagaimana bentuk azab atau nikmat kubur?. Rasulullah bersabda yang bermaksud :

“Apabila salah seorang di antara kamu mati, akan ditunjukkan kepadanya setiap pagi dan petang tempat tinggalnya. Bila ia penghuni syurga, akan ditunjukkan kepadanya kenikmatan syurga, dan bila ia penghuni neraka, akan ditunjukkan kepadanya keazaban neraka. Lalu dikatakan kepada mereka : “itulah tempat tinggalmu, sampailah Allah membangkitkanmu pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis tersebut nyatalah bahawa azab dan nikmat kubur pasti akan terjadi. Bagi mereka yang mempunyai keimanan yang mantap, ilmu Agama yang cukup, yakin akan kudrat dan kuasa Allah yang tiada tandingannya pasti akan yakin dengan adanya siksaan dan nikmat kubur. Hanya orang yang jahil dan sesat serta suka mendustakan Rasulullah SAW akan meragui dan mengingkari adanya azab kubur.

Sebenarnya di dalam Al-Quran terdapat lebih kurang 300 ayat yang menyatakan tentang kematian dan keadaan-keadaan kehidupan selepas daripada mati seperti di alam barzakh dan di akhirat. Nas-nas Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah saw menerangkan bahawa roh itu kekal, ada roh yang mendapat nikmat kerana amalannya di dunia dahulu baik dan ada roh yang terseksa lantaran amalannya di dunia dahulu jahat.

Atas sebab itulah, gambaran tentang azab seksa dan nikmat kubur wajib kita imani dan yakini. Apa lagi hadis-hadis yang menerangkan tentang azab seksa dan nikmat kubur sebagaimana yang dinyatakan adalah hadis sahih dan kuat darjatnya.


Apabila kita mengingati tentang kewujudan azab yang ditanggung selepas mati oleh orang-orang yang derhaka kepada Allah, maka kita terasa gementar kerana takut akan azab Allah yang menggerunkan dan insyaAllah akan mendekatkan diri kita kepada-Nya.

Justeru, kita boleh kasihkan harta tapi tidak lupakan soal hisab, kita boleh kasihkan rumah tapi tidak lupakan soal kubur, kita boleh kasihkan hidup tapi tidak lupakan soal maut, kita boleh kasihkan dunia tapi tidak lupakan soal akhirat.

Untuk itu, tidak ada jalan pintas melainkan kita wajib mematuhi segala yang diperintahkan Allah sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran. Patuh segala perintah Allah adalah syarat untuk mendekatkan diri kepada Allah dan menjadi kekasihnya.

Dengan mengingati azab kubur juga insyaAllah kita akan menjadi semakin takut untuk meninggalkan solat, meninggalkan puasa, tidak mengeluarkan zakat, merosakkan harta awam, melanggar batas-batas hukum syariat dan sebagainya. Dengan yang demikian akan memberi rangsangan kepada kita ke arah melakukan kebaikan yang sangat dituntut oleh Islam. Firman Allah yang bermaksud :

“(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab api neraka.” (Surah Ali-Imran ayat : 16)

Article by Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal

Andainya kita mati hari ini..'renung2kanlah"

Salam.

Saudara saudari yang di kasihi,

Insyaallah, saya ingin berkongsi kandungan di bawah dengan semua sebagai peringatan kepada diri saya sendiri dan juga kepada sesiapa yang sudi diingatkan.

(Hayatilah senikata lagu ini dengan penuh penghayatan, penuh kesedaran, dan penuh ketaqwaan insyaallah)

PERGI TAK KEMBALI

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada…lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang…ke sana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri

Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi


Apa yang anda rasa setelah menghayati lirik tersebut? Gerun? Takut? Cemas? Bahagia? Gembira? Insaf? Yang pastinya berbagai2 perasaan timbul setelah menghayati bait2 kata di dalam lagi tersebut.

Saya sendiri merasa amat kerdil, amat kecil, amat hina di sisi Allah SWT, kerana amalan saya yang sangat sedikit. Andainya saya mati hari ini, entah cukup, entahkan tidak amalan yang saya bawa.. Apakah agaknya bentuk sakaratulmaut yang saya terima? Adakah saya akan mati dalam keaadaan beriman atau kufur? Adakah saya akan lulus dan terlepas dari azab kubur dan azab api neraka? Adakah Allah SWT akan melihat saya dengan pandangan penuh kasih sayang atau adakah saya akan dihumban ke dalam neraka jahannam??? Nauzubillah, hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui..

Saya terfikir sebentar tadi, ada 24 jam sehari, tapi berapa jam agaknya saya gunakan untuk beribadat kepada Allah SWT, untuk bersolat, baca Al Quran, berzikir? Jika ditolak, dihitung, ditambah, tak sampai 4 jam sehari.. Masya Allah.. betapa saya terlalu memikirkan keduniaan, alpa pada kenikmatan, dan tidak menyedari yang dunia ini hanya pinjaman, akhirat juga tempat persinggahan terakhir.. Lantas, apa yang telah saya sediakan? Bekal apakah yang saya bawa? Bagaimana hubungan saya dengan Allah SWT setakat ini? Bagaimana hubungan saya dengan suami, dengan ibu dan ayah, dengan anak anak, dengan keluarga dan dengan semua umat Muhammad SAW setakat ini?? Adakah saya sudah menjalankan tanggungjawab sebagai, seorang isteri, seorang anak, seorang ibu, seorang pekerja, seorang hamba Allah SWT dengan baik, dengan tawaduk? Takut dan segan untuk saya akui, tapi hakikatnya, saya belum membuat persiapan lengkap untuk menemui Allah SWT!!

Aduhai, Ya Allah, janganlah Engkau jadikan aku ini hambaMu yang lalai, yang kerugian.. Demi Masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.. Ya, tanpa kita sedari setiap waktu yang kita lalui, jika tidak di isi dengan amalan dan kebajikan, adalah masa2 yang rugi, yang telah dipersiakan untuk beribadat kepada Allah SWT.. Apalah yang akan kita jawab nanti, bila Allah SWT tanya kenapa kita tidak membawa apa2 bekalan untuk menemuiNya?
Saudara saudari sekalian, saya sebagai manusia biasa, banyak kekhilafan, banyak kekurangan, banyak terlalai, banyak terleka.. Di kesempatan ini, sementara Allah SWT masih memberikan saya peluang dan kudrat untuk menulis, saya menyeru kepada anda, agar kita semua kembali ke jalan Allah SWT. Marilah kita semua bersolat dengan khusyuk seolah2 itu solat kita yang terakhir, marilah kita bersolat sunat tahajud, bersolat sunat taubat, bersolat sunat hajat dan berwitir, serta berzikir dan berdoa agar diampunkan segala dosa-dosa kita, ibu bapa, dan keluarga kita, baik untuk dosa yang disedari ataupun tidak, berdoa agar Allah SWT memberikan kita petunjuk, taufiq dan hidayahNya agar kita menjadi hamba2Nya yang soleh dan solehah, berdoa agar dipanjangkan usia dan diberikan petunjuk agar sentiasa berada di landasan kebenaran..


Buat pembaca wanita, marilah kita menutup aurat dengan sempurna, janganlah memakai tudung ibarat satu budaya, kerana pemakaian tudung itu diwajibkan oleh Allah SWT, dan bertudung & berpakaianlah dengan sempurna. Jangan “berpakaian, tetapi telanjang”.. Ingat2lah, kaum kita yang paling ramai, dan paling mudah masuk neraka.. Nauzubillah. .(Peringatan buat diri sendiri juga)

Sementara kita masih bernafas, Ayuh, marilah kita berdoa agar kita mati dalam keadaan beriman dan beramal soleh. marilah kita bertaubat, insaf dan menyesali segala dosa-dosa dan kekurangan kita.. Sesungguhnya, Allah SWT itu Maha Pengasih lagi Maha Pegampun.. Jika kita berdoa bersungguh2, dan menyesali segala perbuatan an dosa kita, Insya-Allah, Allah SWT akan memberkati kita dengan keampunanNya.

Sesungguhnya, seperti yang terkandung dalam surah Al Fatihah:

“Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat”

Semoga Allah SWT mengampuni dosa-dosa kita, suami/isteri kita, ibubapa kita, anak anak kita, adik-beradik kita, dan semua muslimin & muslimat di mana sahaja mereka berada, baik yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.... Moga iman kita terpelihara dari dicemari dan dikotori dengan maksiat dan dosa2.. Semoga kita semua mati dalam keadaan beriman dan beramal soleh kepadanya, Semoga taubat kita, doa2 kita dan amalan kita diterima olehNya dan menjadi benteng kepada azab kubur & seksaan api neraka..dan yang utama, semoga Allah SWT memberi taufiq dan Hidayah kepada kita semua dan menjadikan kita asbab untuk menyambung usaha dakwah Rasullullah SWT sehingga keseluruh pelusuk dunia dan menjadikan kerja dakwah ini kerja utama kita di dunia yang fana ini, insyaallah

Wassalam

Malaikat Maut merenung wajah 70 kali sehari (berkonsi ilmu)

MEMANG tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab
itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan 'menanti' saat kematian mereka.
Allah berfirman yang bermaksud: "Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami
menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah
kamu akan kembali." (Surah al-Anbiyak ayat 35)

Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah
seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya
mereka tidak lalai mengingati mati.

Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat
kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat
Izrail.

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah
s.a.w bersabda yang bermaksud: "Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di
muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah
seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail:
'Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk
mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.'"

Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak
sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan
dalam hidup.

Takdirnya esok hari terakhir Allah 'pinjamkan' nyawa kepada kita untuk bernafas
di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa
berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?

Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan
pengalaman mereka menghadapi saat kematian.

Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya atau
miskin.

Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir
mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak
kulitnya dari daging ketika hidup-hidup.

Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian.

Kalau hendak diikutkan siapa yang hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yang
amat menyeksakan.

Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan khusnul khatimah
(kebajikan).

Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: "Perhatikanlah
tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu. Pertama: berpeluh pada
pelipis pipinya; kedua: berlinang air matanya dan ketiga: lubang hidungnya
kembang kempis.

"Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh
dan mulutnya berbuih, menandakan menandakan azab Allah sedang menimpa dia."
(Hadis riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi)

Kematian 'menjemput' manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai
daripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha.

Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan
menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih.

Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka.

Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan
perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan
kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar."

Allah juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran
ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah dosanya.

Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan mungkin kerana ketika
hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana setiap
kebajikan pasti akan dibalas.

Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala kebajikan dan kekufurannya
tetap diazab pada hari akhirat kelak.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Apabila telah sampai ajal seseorang
itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam
badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya
sehingga sampai ke lutut.

"Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari
lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu
kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke
dada dan kemudiannya mereka keluar.

"Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari
dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang
itu."

Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah s.w.t dengan sempurna. Dia tidak
diutuskan hanya untuk mencabut roh orang sakit saja ataupun roh orang yang
mendapat kecelakaan dan malapetaka.

Kematian mungkin berlaku kerana sebab bencana seperti gempa bumi, banjir,
kebakaran dan ada juga yang matinya disebabkan kemalangan, diserang penyakit
berbahaya seperti kanser, jantung, Aids, denggi dan taun.

Seorang yang sedang sakit tenat, menjadi rahmat yang tinggi nilainya kerana
Allah masih memberi peluang supaya mereka sedar akan kesilapan yang mereka
lakukan selama hidup di dunia.

Maka waktu itu mereka masih berpeluang bertaubat dari dosa dan kesilapan. Begitu
juga halnya dengan orang mati mengejut disebabkan kemalangan.
Ia memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka yang masih hidup supaya
berhati-hati dan tidak lalai berusaha untuk memperbaiki diri.

Justeru, bagi mereka yang masih diberikan nikmat kehidupan perlu sentiasa
mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku.

Allah menjadikan sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat
maut.

Saidina Abbas meriwayatkan dalam sebuah hadis antara lain menerangkan malaikat
Izrail berasa sedih apabila ditugaskan mencabut roh makhluk bernyawa.

Ini kerana antara makhluk bernyawa itu adalah termasuk manusia yang terdiri
daripada kekasih Allah iaitu Rasul, nabi, wali dan orang soleh.

Malaikat maut mengadu kepada Allah betapa dirinya tidak disenangi keturunan Adam
a.s.

ia mungkin dicemuh kerana mencabut roh manusia yang mana menyebabkan orang
berduka cita akibat kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka.

Justeru, jika seseorang Muslim itu meninggal dunia, beberapa langkah penting
perlu dilakukan seperti menempatkan jenazah di tempat yang sesuai sebagai
menghormatinya, sunat meletakkan keadaan kakinya menghala ke arah kiblat,
tanggalkan pakaian berjahit, tutupkan jenazah dengan sehelai kain nipis ke atas
seluruh jasadnya, rapatkan kedua-dua belah matanya dan mulutnya, letakkan
kedua-dua tangan jenazah di atas dadanya sebagaimana dalam keadaan qiam
(berdiri) ketika solat, letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya
seperti gunting dan pisau serta sunat bagi yang hidup mencium jenazah.
Umat Islam dilarang mengaitkan kematian seorang Muslim itu dengan tanda
tertentu.

Itulah yang menyebabkan umat Islam semakin mundur kerana terlalu banyak
mempercayai perkara khurafat dan tahyul.

Jika ada kematian seperti kemalangan contohnya kita ditegah untuk bertanya
kepada waris apakah perbuatan ganjil yang dilakukan sebelum kematiannya.

Tiada siapa pun dapat mengelak daripada mati melainkan Allah dan kematian tetap
akan datang tepat pada masanya.

Apabila sampai ajal seseorang, umat Islam digalakkan memberi nasihat kepada
keluarga si mati supaya bertenang dan banyakkan bersabar.

Islam menegah amalan keterlaluan seperti menjerit dan meratapi kematian.

Mereka yang masih hidup peluang perlu dimanfaatkan dengan memperbaiki keadaan
diri yang ternyata banyak melakukan kesilapan dan kesalahan.
Tiada daya atau usaha yang boleh menyelamatkan kita daripada kematian.

Kematian menjadikan hati manusia menjadi sedih serta berpisah dengan keluarga
tercinta. Hanya amalan soleh saja akan membawa kita bertemu Allah.

SEMOGA KITA DIJEMPUT BERSAMA RAHMAT ALLAH..AMINNNNN